Sistem pemultipleksan pembahagi masa Komunikasi_bersiri

Hampir kesemua saluran komunikasi digital berjarak jauh adalah menggunakan medium pembawa telefon. Sistem telefon digital menggunakan bingkai segerak bit-bit yang diulang sebanyak 8000 kali per saat. Ini biasanya menggunakan satu atau beberapa bilangan bit yang membentuk satu corak bagi membolehkan sistem berada dalam keadaan "segerak" , dan bagi menentukan permulaan bagi sesuatu kerangka. Blok-blok data kemudiannya dikenalpasti dengan mengira bilangan bit atau kumpulan bagi 8 bit dari permulaan bagi sesuatu kerangka; kaedah ini adalah dikenali sebagai "Pemultipleksan Pembahagi Masa" (time-division multiplexing).

Pengulangan kerangka ini adalah jauh lebih cekap berbanding teletaip berbentuk UART, kerana ia kurang overhed. Julat sistem telefon dari talian T-1, dimana ia mempunyai bilangan kerangka sebanyak 24 bit dan satu bit segerak ke kerangka SONET, iaitu kerangka yang mengandungi beribu-ribu bilangan bit dan mempunyai 1% bit segerak yang dibahagikan dalam kerangka utama. Kelebihan bagi sistem ini adalah corak bagi bit dapat diulang dengan menggunakan sebarang jenis modem, menjadikan data bebas daripada medium penghantaran.

Di dalam sistem telefon, format data dihantar melalui media fizikal yang disusunkan di dalam gelung. Gelung ini mungkin merangkumi banyak bandar atau talian penghantaran tunggal yang menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain.

Penghala (router) dapat memindahkan blok-blok data walaupun hanya untuk perbualan telefon tunggal dari satu talian ke talian yang lain

Secara umumnya, setiap saluran bagi setiap nod dalam gelung adalah terdiri daripada blok-blok bagi setiap kerangka yang berulang. Apabila penghala menerima data bagi sesuatu saluran, ia menggunakan data dari blok kerangka tersebut. Apabila menghantar data pula, ia akan mengisikan blok dengan data yang telah dihasilkannya. Dalam keadaan ini, satu saluran tunggal yang pantas akan dipecahkan kepada beberapa saluran yang lebih perlahan.

Sistem penghantaran jarak jauh ini biasanya menghantar data protokol internet menggunakan teknik yang dikenali sebagai geganti bingkai.